MENU

bangunan

 

Lokasi Strategik

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya, lokasi MPK bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang.

Pembangunan Negeri

Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan cabaran kepada MPK, khususnya Fasa Kedua yang memberi penekanan kepada pembangunan sektor perindustrian di seluruh negeri.

Pertumbuhan Ekonomi

Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi di Kemaman adalah ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dalam sektor industri berasaskan petroleum dan gas. Ia menjadi tunjang utama pembangunan sektor perindustrian di samping galakan Kerajaan Pusat untuk membangunkan industri di Pantai Timur.

Faktor Strategik & Impak

Kewujudan Koridor Pantai Timur serta Pelabuhan Kemaman merupakan faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran. Kenaikan taraf ini membolehkan MPK memainkan peranan yang lebih kompetitif dari segi sosio-ekonomi serta menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada penduduk.

Ringkasan: Kemaman merupakan kawasan strategik pembangunan industri minyak & gas serta hab ekonomi penting di Pantai Timur Malaysia.