Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menghadiri Majlis Perasmian Program Kelestarian “EPIC GO GREEN 3.0: Go Green, Go Active” yang berlangsung di Bukit Pejajat, Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman bersama Yang Dihormati, Dr. Ts. Haji Muhtar bin Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran EPIC Berhad ini dilaksanakan menerusi aktiviti penanaman pokok dan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan awam di kawasan Bukit Pejajat sebagai usaha memelihara kelestarian alam sekitar serta mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih selesa dan kondusif untuk masyarakat.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak korporat dan agensi tempatan dalam memperkukuh amalan hijau, memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta menyokong pembangunan komuniti yang mampan.







