MENU

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Bilangan 1 Tahun 2026 bagi Program Penempatan Semula Hidupan Liar telah diadakan pada hari ini, melibatkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Memorandum Persefahaman yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat ini turut menjadi medan penyelarasan dasar dan tindakan bersama dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif penempatan semula hidupan liar secara lebih sistematik dan selaras dengan agenda pemuliharaan negara.

Semoga kerjasama erat ini terus menjadi pemangkin kepada pengurusan konservasi hidupan liar yang lebih efektif dan menyeluruh

[Ke Galeri Gambar]